aku keliru dengan sikapnya.

masih belum sempurna...

ni 1st time aku jumpa perempuan yang wajahnya berseri. bukan sebab dia pakai "fair & lovely" ke apa jenis pencuci muka. tapi wajahnya ada " NUR ".
bukan aku malas nak ngorat dia tapi boleh dikatakan zaman " playboy " aku dah berlalu kot.

1st day aku bekerja dengan dia pada mulanya macam biasa saja. tapi 1 jam , 2 jam berlalu aku rasakan hati aku di intai seseorang.
aku musykil tapi aku buat selamber je.
macam tak ada apa-apa yang berlaku.

aku buat la kerja macam biasa.
ingatkan hati aku je yang kena intai rupanya aku yang kena intai.
patut la aku rasa macam ada orang perhatikan aku.
rupanya si dia ni yang ushar aku dari jauh.
bila aku toleh ke arah dia, dia pun menoleh ke arah laen. hmmm... macam ada peluang je. hehe..

aku tak nak la dia anggap aku ni sombong ke apa.
bila dah mula berbual, memang susah la nak berhenti.
ada je topik yang nak di bincangkan.
bila dah kenal dirinya dari a-z susah la aku nak padam dalam memori otak aku ni.

entah la.
aku ingat nak buat dia jadi adik angkat je.
tapi hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, susah pulak aku nak padamkam wajahnya, suaranya, gayanya dan sifatnya dalam hati aku.
ahh sudah..
tak boleh..
tak boleh..
aku sudah ada kekasih hatiku yang tersendiri.
aku tak boleh menduakan kekasihku.

kenapa..?
kenapa..?
kenapa bila aku bersama kekasihku, wajah si dia masih terpancar dalam ingatanku?
sehari..
seminggu..
aku cuba lupakan si dia ni.
tapi kenapa masih gagal?

terpaksa aku guna plan B.
buat dia benci dengan aku.
buat dia sakit hati dengan aku.
buat dia menangis.
buat dia....entah la.
mungkin itu je kot yang boleh aku fikirkan.

memang aku berjaya dengan plan B aku.
tapi..
tapi aku menyesal.
menyesal yang tak sudah.
aku tak patut buat seorang perempuan benci akan seorang lelaki.
di manakah kasih sayang?
di manakah kepercayaan?
di manakah perlindungan?
di manakah kesempurnaan?

hilang..?
hilang..?
dah hilang semua itu dalam dirinya.
siapa yang patut dia cari?
patutkah dia mencari?
untuk apa?
untuk disakiti?
untuk dipermainkan?
untuk bersengketa?

ahh makin serabut.
tapi...
ada juga kebaikan untuk diri aku dan kekasih aku.
makin hari makin pudar si dia dalam ingatan aku.
makin pudar dalam hati aku.
makin pudar dari pandangan aku.

adakah dia masih mengharap?
adakah aku yang masih mengharap?
bila terkenang saat dulu, memori bersama si dia berderu masuk seperti air terjun lata kinjang.

bila berjumpa dengan si dia lagi, senyumannya, suaranya, wajahnya, iris matanya, seperti dia mengharapkan aku memilikinya.
adakah aku silap?
adakah cuma ini perasaan aku sahaja?
entah la..
aku pun tak tahu..
aku keliru dengan sikapnya.

No comments:

Post a Comment