Takbir Hari Raya




Takbir umum:

Allaahu akbar..Allaahu akbar..Allaahu akbar..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Ertinya :

Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.


Bacaan lengkap:

Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,
wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa.
Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina
walau karihal – kaafiruun.
Laa – ilaaha – illallaahu wahdah,
shadaqa wa’dah,
wanashara ‘abdah,
wa– a’azza – jundah,
wahazamal – ahzaaba wahdah.
Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd

Ertinya :

Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

Perbezaan Takbir Aidilfitri dan Aidiladha


Jika ditanya kepada seluruh umat Islam diMalaysia, hampir keseluruhan tahu apa itu takbir raya dan lafaz takbir tersebut. Ini kerana lafaz takbir raya mungkin telah bersemadi di dalam jiwa umat Islam di Malaysia.
Ramai di antara kita yang memahami bahawa takbir raya iatu mempunyai dua jenis iaitu takbir raya puasa dan takbir raya haji. Takbir hari raya bermula maghrib malam raya dan boleh bertakbir bila bila masa didalam tempoh yang ditetapkan. Begitulah pemahaman masyarakat Islam kita pada hari ini. Bahkan ada yang akan menentang jika kita mengatakan, ada perbezaan di antara takbir raya puasa dan takbir raya haji. Ini kerana, sesuatu yang kita amalkan semata mata tanpa dipelajari.
Cuba kita fikirkan secara rasional, mengapa takbir raya puasa boleh dilakukan pada bila bila masa dan tempat sedangkan hari raya haji (selepas solat hari raya) hanya boleh bertakbir setiap kali selepas solat sahaja. Mengapa? Kita akan bincangkannya satu persatu.


BERTAKBIR PADA HARI RAYA
Secara umumnya, disunatkan bertakbir bermula dari tenggelam matahari pada malam hari raya di masjid, surau, rumah, jalan raya, pasar dan selainnya dengan suara yang tinggi atau nyaring sehinggalah Imam bertakbiratul Ihram untuk solat sunat hari raya.

Dalilnya didalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:-
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya
yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Ulama berkata, ayat ini berkenaan dengan takbir raya fitrah (puasa) manakala takbir raya korban diqiaskan hukumnya dengan takbir raya fitrah.

Dalil yang kedua pula ialah di dalam surah Al-Baqarah ayat 203 yang bermaksud:
“Dan ingatlah (sebutlah) akan Allah pada hari hari tertentu ….”

Ibn Abbas r.a berkata: yang dimaksudkan dengan hari hari yang tertentu adalah hari hari tasyrik.

TAKBIR MURSAL DAN TAKBIR MUQAIYAD

Takbir Mursal

Dilakukan pada hari raya fitrah (puasa). Takbir mursal ialah takbir yang tiada mengiringi solat. Maksudnya takbir yang boleh dilakukan pada bila bila masa dan mana mana tempat seperti yang disebutkan diatas, sama ada sesudah solat atau diluar solat.
Takbir mursal ini bermula setelah tengelamnya matahri pada ,malam hati raya fitrah dan berakhir apabila imam bertakbiratul Ikhram ketika solat sunat Aidilfitri (raya fitrah)



Takbir Muqaiyad

Maksud muqaiyad ialah mengiringi atau mengikat.
Dinamakan demikian kerana ia mengiringi atau mengikat dengan solat. Oleh yang demikian, takbir muqaiyad ini hanya boleh dilakukan setelah selesai solat sahaja sama ada solat fardu ataupun sunat.
Ia bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah. Apabila masuknya waktu hari Arafah maka disunatkan bertakbir sesudah solat subuh. Setelah masuknya waktu Maghrib, takbir muqaiyad tadi telah berubah sifat kepada takbir mursal.

Sifat mursal ini akan kekal sehinggalah imam bertakbiratul ihram di dalam solat sunat Aidiladha.
Ini bermakna, apabila masuknya waktu Maghrib, maka dibolehkan bertakbir pada bila bila masa dan mana mana tempat. Akan tetapi, sesudah solat sunat Aidiladha, ia berubah semula sifatnya kepada takbir muqaiyad sehinggalah waktu asar 13 Zulhijjah.

Bagaimanapun, apa yang dibuat oleh umat Islam di Malaysia seperti mula bertakbir Aidiladha pada waktu maghrib tidaklah menjadi suatu kesalahan. Cuma yang sebetulnya, ia bermula pada waktu subuh lagi. Mungkin kita tidak tahu tapi janganlah menentang kepada orang yang hendak melakukan perubahan atau perkara yang lebih betul disebabkan kita tidak pernah melihat orang lain buat. Rujuklah kitab kitab fikah andai kita tidak tahu.

Para pembaca bolehlah merujuk kitab:
1. Al-Fiqul Manhajji jilid 1 karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji.
2. Atau terjemananya Kitab Fikah Mazhab Syafie penulis yang sama.
3. Al-Mu’in Al-Mubin jilid 1 karangan Ustaz ‘Abdul Hamid bin Hakim.
4. Mana mana kitab fiqh yang masyhur


penulis :
Muhammad Asri Azmi (*original writer*)
Bahagian Agama & Kaunseling,
Maktab PDRM Kuala Lumpur
http://grenbara.bravejournal.com/entry/36906

Terbitan asal: Al-Islam Oktober 2009
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/

Lafaz takbir raya..Allahuakbar..!!

'Aidiladha atau sering disebut sebagai Hari Raya Korban melibatkan 'ibadah korban yang merupakan sunat muaqqad dengan fard kifayah(sunnat mu'aqqadah bilfard' kifayah) yang tidak pernah Rasulullah Sollallahu 'alaihiwasallam tinggalkan. Konsep Hari Raya (Aidilfittri dan Aidiladha) dalam Islam berbeza dengan agama lain dimana untuk kedua2 hari raya turut dimeriahkan dengan laungan takbir. Takbir pada Hari Raya Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau solat sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan solat Asar pada hari Tasyriq(11,12,13 Zulhijjah) yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah.
Namun berapa ramaikah antara kita yang betul2 menghayati erti lafaz takbir itu sendiri? Mari kita teliti maksud lafaz takbir yang dilaungkan ketika hari raya..

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.




Jika umat Islam benar2 menghayati dan menginsafi maksud lafaz takbir yang dilaungkan, umat Islam tidak akan:
  • Tunduk kepada 'tuhan-tuhan' ciptaan manusia
  • Bersekutu dengan Kuffar untuk memerangi umat Islam yang lain dalam menegakkan agamaNya
  • Menjadikan Hari Raya sebagai pesta hiburan instead of hari kemenangan dan hari kesyukuran dengan membesarkan Allah.
  • Takbir dan tahmid yang dilaungkan tidak sekadar menjadi senandung penuh kepiluan semata2 tanpa difahami lafaznya itu.
Semoga kita sama2 dapat menghayati lafaz takbir yang kita laungkan...
Wallahua'lam..


terima kasih untuk :
http://fasobrunjamil212.blogspot.com/2010/09/salam-idulfitri.html



aku suke jam ni sebab design dia simple je. kalau nk tau harga n cara beli online, ce tengok kat link ni : http://www.facebook.com/rwwshop
jam yang atas sekali tu ce korang teka sape pnah pakai?

yup zizan raja lawak.


aku keliru dengan sikapnya.

masih belum sempurna...

ni 1st time aku jumpa perempuan yang wajahnya berseri. bukan sebab dia pakai "fair & lovely" ke apa jenis pencuci muka. tapi wajahnya ada " NUR ".
bukan aku malas nak ngorat dia tapi boleh dikatakan zaman " playboy " aku dah berlalu kot.

1st day aku bekerja dengan dia pada mulanya macam biasa saja. tapi 1 jam , 2 jam berlalu aku rasakan hati aku di intai seseorang.
aku musykil tapi aku buat selamber je.
macam tak ada apa-apa yang berlaku.

aku buat la kerja macam biasa.
ingatkan hati aku je yang kena intai rupanya aku yang kena intai.
patut la aku rasa macam ada orang perhatikan aku.
rupanya si dia ni yang ushar aku dari jauh.
bila aku toleh ke arah dia, dia pun menoleh ke arah laen. hmmm... macam ada peluang je. hehe..

aku tak nak la dia anggap aku ni sombong ke apa.
bila dah mula berbual, memang susah la nak berhenti.
ada je topik yang nak di bincangkan.
bila dah kenal dirinya dari a-z susah la aku nak padam dalam memori otak aku ni.

entah la.
aku ingat nak buat dia jadi adik angkat je.
tapi hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, susah pulak aku nak padamkam wajahnya, suaranya, gayanya dan sifatnya dalam hati aku.
ahh sudah..
tak boleh..
tak boleh..
aku sudah ada kekasih hatiku yang tersendiri.
aku tak boleh menduakan kekasihku.

kenapa..?
kenapa..?
kenapa bila aku bersama kekasihku, wajah si dia masih terpancar dalam ingatanku?
sehari..
seminggu..
aku cuba lupakan si dia ni.
tapi kenapa masih gagal?

terpaksa aku guna plan B.
buat dia benci dengan aku.
buat dia sakit hati dengan aku.
buat dia menangis.
buat dia....entah la.
mungkin itu je kot yang boleh aku fikirkan.

memang aku berjaya dengan plan B aku.
tapi..
tapi aku menyesal.
menyesal yang tak sudah.
aku tak patut buat seorang perempuan benci akan seorang lelaki.
di manakah kasih sayang?
di manakah kepercayaan?
di manakah perlindungan?
di manakah kesempurnaan?

hilang..?
hilang..?
dah hilang semua itu dalam dirinya.
siapa yang patut dia cari?
patutkah dia mencari?
untuk apa?
untuk disakiti?
untuk dipermainkan?
untuk bersengketa?

ahh makin serabut.
tapi...
ada juga kebaikan untuk diri aku dan kekasih aku.
makin hari makin pudar si dia dalam ingatan aku.
makin pudar dalam hati aku.
makin pudar dari pandangan aku.

adakah dia masih mengharap?
adakah aku yang masih mengharap?
bila terkenang saat dulu, memori bersama si dia berderu masuk seperti air terjun lata kinjang.

bila berjumpa dengan si dia lagi, senyumannya, suaranya, wajahnya, iris matanya, seperti dia mengharapkan aku memilikinya.
adakah aku silap?
adakah cuma ini perasaan aku sahaja?
entah la..
aku pun tak tahu..
aku keliru dengan sikapnya.

Makan Hati Lagi Bagus Dari Sakit Hati...

"..patut ke aku simpan perasaan yang tak sepatutnye aku simpan.
patut aku luahkan je.
tapi nanti dia sakit hati pulak ngan aku.
pastu aku pulak yang sakit hati.
baik aku makan hati lagi bagus..."

cite ni mase aku berniaga dulu ngan "share-partner" aku.
bile dok pikir2 balik, untung gak aku makan hati & pendam je.
sebab ade hikmah di sebalik semua yang berlaku.

bila berniaga, "share-partner" kita kongsi 50%-50%.
keje pun kena la 50%-50% gak kan. kalo dah semua aku 'handle',
camne lak kira tu?
70%-30%??
80%-20%?
atau
90%-10%??

aku jadi serba salah. nak tegur kang aku yang rugi tak dapat % lebih.
kalo tak tegur plak, aku yang kena wat keje banyak. tapi bile time
bayar gaji, 50%-50% plak.
Aduuyaii...
kenape la nasib aku camni?
huhh..dok mengeluh je la keje aku ni.

aku ni jenis berbudi bahase. aku tak suka nak langsi ngan orang.
tapi bile orang tak makan budi bahase aku, aku serahkan kat
"share-partner" aku ni sebab dia langsi.
bile ade time "merah" je dia yang payung aku selalu.
kiranya aku termakan budi dia la.
bile orang dah berbudi,
kita mesti la berbahasa. betol tak?

dulu aku selalu jage air muka "share-partner" aku ni. tapi..
dia tak pernah jage air muka aku. camne aku nak wat lagi?
nak pendam lagi? pendam je la. yang penting dia payung aku
time aku susah.

bagi aku la, ade susah gak bile berkawan ngan orang Langsi ni.
ye la, kita berniaga kena la ade "customer service".
Macam diri aku ni tak de masalah pun sebab aku ni mesra alam.
yang aku tensionnye "share-partner" aku ni tak mesra alam.
customer datang kedai, bukannye dia nak bagi 'customer service'
lagi nak Langsi ade la. maunye customer lari.

Pernah aku tegur dia pasal satu perkara ni. terus dia tarik muka ngan
aku. Arrghh...tension nye..bistu camne aku nak tegur dia lagi?
aku tegur dia tu cara baik, efektif dan selamat untuk kanak-kanak.
tapi makan dalam gak kot.

perasaan yang aku pendam ni bukan aku pendam simpan nak
jadikan gunung berapi tapi aku simpan dan cari punca untuk
selesaikan masalah ni. Bila dah lame simpan, baru la aku
dapat merungkaikan satu per satu sebab kenape "share-partner"
aku leh jadi camtu. Rupanye tiap perkara tiap perilaku dia selama
ni ade sebab2 yang tertentu dia wat camtu.

Baru aku sedar,
walau banyak mane pun pengalaman,
walau jauh mane pun berjalan,
walau luas mane pun pandangan,
walau tinggi atau cetek mane pun pemikiran,
Kita tetap tak sempurna.
Kita hanya manusia biasa.

"..look at the bright sight, i still have my friend to look after me.."

...haaa...LU PIKIR LA SENDIRI..!!..

Budi Bahasa yang Dilupakan

"...orang yang baik, yang berbudi bahasa ni selalu dilupakan, selalu ditindas, senang dimaki hamun.."

kenape la dengan masyarakat kita ni? orang yang baik kita hentam
cukup2 sampai lembik. tapi orang yang jahat kita agung2kan,
kita takut, kita ingat perangai jahat dia sampai mati.
mane satu yang patut kita ingat?
mane satu yang patut kita sanjung?

salah ke kita berbudi bahasa? tak boleh ke kita dengar suara
orang yang berbudi bahasa ni?
orang yang bercakap secara berbudi bahasa ni, percakapannya
slow, lembut, dan tak sakitkan hati orang laen. percakapannya
jujur, ikhlas, dan tak mahu ada pertelingkahan dan salah faham.

tapi...

ramai di antara kita yang salah erti, salah faham dengan orang
yang berbudi bahasa ni.
tiap percakapannya selalu dilupakan.
selalu dipangkah.
selalu ditindas.
lagi pun orang berbudi bahasa ni senang nak dimaki hamun.
senang nak marah2.
ye la kan, orang yang berbudi bahasa ni tak tinggi suara,
tak mencarut, dan tak menjawab.

aku sedih dengan masyarakat kita skang.

kenape kita selalu lupa nak berbudi bahasa?
dah tak penting ke berbudi bahasa dalam masyarakat?

owh..aku lupe...
nak tunjuk hebat, nak tunjuk taring, nak tunjuk belang
mane boleh ade budi bahasa. tak hebat la camtu.
camne orang nak respect kita kalo ade budi bahasa kan?
kena tunjuk langsi baru orang takut.
kena kurang ajar baru boleh bangga diri.
camni baru la HEBAT..!! kalah tongkat ali punya hebat woo..

aku sedih gile dowh..

yang dah tua2, yang dah kawen, dah ade anak 2 pun
masih tak reti nak berbudi bahasa.
masih nak kuang ajar.
ntah camne la adab sebagai orang melayu, sebagai Islam dia ni.
kalo tak sekolah tak pe la aku tak heran lagi,
tapi tak kan la mak pak tak penah ajar beradab dengan orang kot.
walau anak yatim sekalipun,
masih diajar beradab kat pusat kebajikan tu.
laen la kalo dia turun bedebuk dari langit cam Mr.Bean tu sume orang tentu faham kan.

kalo kita memang tak reti cara nak berbudi bahasa pun..
at least kita try la bercakap sopan dengan orang. kita semua
saudara se-Islam.

cam lagu yang Dato' CT Nurhaliza nyanyi tu..
"...budi bahasa budaya kita.."

"..i'm so damn proud to have 'Budi Bahasa' in me.."